Tuesday, March 8, 2011

Rahsia Bulan dan Kelahiran ( Mac)

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

Kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
 
 

Guridam jiwa menikam di kalbu ku...(^_~)


GURINDAM JIWA

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Wednesday, March 2, 2011

Doa Seorang Kekasih..


I like this song..So Beautiful..

DOA Cepat Kahwin

Doanya:   
  "ALLAHUMMAB'ATS BA'LAN SHOOLIHAN LIKHITHBATHII WA'ATTHIF QOLBAHU 'ALAYYA BIHAQQI KALAAMIKAL QODIIMI WABIROSUULIKAL KARIIMI BI ALFI ALFI LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM WA SHOLLALLOOHU 'ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN WA'ALAA AALIHII WA SHOHBIHI WA SALLAMA WALHAMDULILLAAHIROBBIL 'AALAMIIN."  

Ertinya :
 “ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."




Tuan Punya Blogs : InsyAllah moga aku juga dipercepatkan perkahwinan..itulah hajat ku utk thn ini..amin..

Tuesday, March 1, 2011

Rumput dan Kasih Sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang
terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? 

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. 
  Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat? 

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.  

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut. 

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?  

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik. 

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.
   
Tuan Punya Blogs:> Sayangilah orang yang menyayangi kamu..

Kisah Memilih dan terpilih…

Al-kisah…
 
Ini kisah perjumpaan dua orang sahabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini. 
 
"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang.

Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.


Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkah laku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab. Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati,dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya". "Lantas?", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya? ".

Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".

Kesimpulan :
Sudah diketahui maksud daripada cerita itu?
Nobody’s perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan
kita, belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang
kita dapat, kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri,
apakah sudah sempurna di hadapan orang lain…
"Orang-orang yang paling berbahagia pun tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya."

"Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti  dan mengetahui bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu."

Tuan Punya Blogs:> Aku suka bc kisah ini..ada maksud yang begitu mendalam..fikir2kan la sblm ingin mencari pasangan..

Hikayat Seorang Perempuan


Perempuan bukan dijadikan daripada atas kepala untuk disanjung dan dipuja perempuan juga bukan dijadikan daripada alas kaki untuk dipijak-pijak sebagai alas kaki tetapi Perempuan  dijadikan daripada tulang rusuk kiri lelaki hampir dengan hati untuk disayangi hampir dengan tangan untuk dilindungi tulang rusuk kiri lelaki, bengkok sifatnya menjadi tanggungjawab lelaki untuk meluruskannya masakan batang yang bengkok mampu menghasilkan bayang yang lurus akal perempuan senipis rambutnya selalu mengikut perasaan tika berbicara..
 
Hati perempuan serapuh kaca mudah tersentuh dengan kata-kata nafsu perempuan setinggi gunung hanya keimanan mampu menghalangnya suara perempuan gemersik bak buluh perindu hingga menusuk, membelai di kalbu bicara perempuan sehalus sutera takkan jemu tika mendengarnya airmata perempuan mahal harganya tanda kasih pada kekasihnya kasih perempuan selembut salju mampu membuat lelaki hilang arah tuju…

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu….

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah menghadirkan ketidakpuasan yang begitu menggelora dalam jiwa. 

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan membawa kepada ketenteraman jiwa.Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan boleh terbukti, tidak setiap yang kita inginkan dapat tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak semestinya harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
  
Betapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar.Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak keupayaannya apa yang memang bukan hak kita. Apa yang memang menjadi adat kita di dunia, entah itu Rezeki, jawatan, kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan dapat kita miliki, meski ia nyaris menghampiri kita,meski kita bermati-matian menyusahkannya.

" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. "
QS Al-Hadiid : 22 - 23 

Demikian juga bagi yang sedang bingung terhadap jodoh. Kadangkala kita tidak sedar kita :
mengarah Allah tentang jodoh kita, bukanya meminta yang
terbaik dalam istikharah kita
tetapi benar-benar mengarah Allah : Pokoknya harus dia Ya
Allah… harus dia, kerana aku sangat mencintainya. Seakan kita jadi yang penentu
segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya walaupun Allah memberikannya maka tidak
semestinya itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tidak menghulurkannya dengan kelembutan,
tetapi melemparkannya dengan marah  kerna niat kita tercemar.  

 Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :
"…… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "
QS. Al-Baqarah 216 

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa yang kita rasa perlu didunia ini harus benar-benar perlu bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya…
  
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Dari Hati Kecilku

Hatiku…
 
Punya perasaan yang pelbagai
Punya rasa yang meronta
Punya segala yang ku damba
Punya jiwa yang membara

Hatiku.. 

Ingin mencapai
bintang yang menyinar
Ingin mengenggam
kasih yang mekar
Ingin memeluk
cinta yang sejati
Ingin mengotakan
hasrat yang suci

Hatiku..

Bila terluka ia menangis
Bila resah ku sendirian
Bila tenang ku bersyukur
Padamu Ilahi…

Teman…
Kau sentiasa ada
dalam hidupku
Kau sentiasa ada
bila ku perlu
Kau sentiasa ada
bila ku menangis
Kau sentiasa ada
bila kejayaan dikecapi
 Teman…
kau sentiasa ada dihatiku
Walau jauh mana ku
dari pandangan mu
Ikatan persahabatan
penguat setiaku
Andai kita bisa
ketemu
Akan ku ucapkan 
‘‘Terima kasih kerana sudi menjadi teman sejatiku……”

Secebis bicara….

Ku sedari ku salah
Ku sedari ku mendustai
Ku sedari ku melukai
Ku sedari kesilapan ini

Ku mohon kemaafan
Ku akui kesalahan
Ku mohon lenyapkan waktu itu
Ku akui semua bukan niatku
 
Biarpun ada yang membenci
Biarpun ada yang berdendam
Biarpun hati ku terguris
Biarpun jiwa ini tertekan
 
Segalanya ku pendam
Segalanya ku buang jauh dari pandangan
Segalanya ku abaikan
Segalanya ku serahkan pada-MU Tuhan…..

Seindah Pelangi

Suria yang
memancar terasa kehanyatan
Umpama cinta yang
mekar bertambah keserian
Keharuman kasih
dan sayang penguat dua insan
Kecantikkan bunga-bungaan di laman
Penghias seri kehidupan sekian alam
Sejuk mata memandang
Terukir kecerian berpanjangan
Antara rindu dan sayang
Mengungkap seribu bahasa perasaan
Andai ada pengertian
Segala simpulan terlerai bertaburan
Cinta dan keikhlasan membawa kebahagiaan
Melakar sebuah kehidupan yang penuh kerharmonian
Umpama seindah pelangi terbit selepas rintihan hujan…..

Doa Untuk Kekasih


 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu
yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.